
Mengenai kemas kini perisian peranti
Kekal ikuti perkembangan terbaru – kemas kini perisian telefon anda
untuk mendapatkan ciri baru yang dipertingkatkan untuk telefon
anda. Mengemas kini perisian mungkin juga meningkatkan prestasi
telefon anda.
Anda disarankan agar membuat sandaran data peribadi anda
sebelum mengemas kini perisian telefon anda.
Amaran:
Jika anda memasang kemas kini perisian, anda tidak boleh menggunakan peranti,
walaupun untuk membuat panggilan kecemasan, sehingga pemasangan selesai dan
peranti dihidupkan semula.
Menggunakan perkhidmatan atau memuat turun kandungan
mungkin menyebabkan pemindahan data yang banyak, yang
mungkin mengakibatkan kos lalu lintas data.
Sebelum memulakan kemas kinian, sambung pengencas atau
pastikan bateri peranti mempunyai kuasa yang mencukupi.
Selepas kemas kini, arahan dalam panduan pengguna tidak lagi
dikemas kini. Anda boleh mendapatkan panduan pengguna yang
dikemas kini di www.nokia.com/support.
86