Kod akses
Kod PIN atau
PIN2
(4-8 digit)
Ini melindungi SIM anda terhadap penggunaan
yang tidak dibenarkan atau diperlukan untuk
mengakses beberapa ciri.
Anda boleh menetapkan telefon anda agar
meminta kod PIN apabila anda menghidupkannya.
Jika tidak dibekalkan bersama kad anda atau jika
anda terlupa kod, hubungi pembekal khidmat
anda.
Jika anda menaip kod yang salah sebanyak tiga
kali berturut-turut, anda perlu membuka sekatan
kod dengan kod PUK atau PUK2.
Kod PUK atau
PUK2
(8 digit)
Ini diperlukan untuk membuka halangan kod PIN
atau PIN2.
Jika tidak dibekalkan bersama SIM anda, hubungi
pembekal khidmat anda.
Nombor IMEI
(15 digit)
Ini digunakan untuk mengenal pasti telefon yang
sah dalam rangkaian. Nombor juga boleh
digunakan untuk menyekat, contohnya, telefon
yang dicuri. Anda juga mungkin perlu memberikan
nombor ke perkhidmatan Nokia Care.
Untuk melihat nombor IMEI anda, dail *#06#.
Kod kunci (kod
keselamatan)
Ini membantu anda melindungi telefon anda
daripada penggunaan yang tidak dibenarkan.
90
(min. 5 digit)
Anda boleh menetapkan telefon anda agar
meminta kod kunci yang anda tentukan. Kod kunci
lalai ialah 12345.
Pastikan kod keselamatan dirahsiakan dan
diletakkan di tempat yang selamat, berasingan
daripada telefon anda.
Jika anda lupa kod kunci dan telefon anda dikunci,
telefon anda akan memerlukan servis. Caj
tambahan mungkin dikenakan, dan semua data
peribadi dalam telefon anda mungkin
dipadamkan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi
Nokia Care atau wakil penjual telefon anda.
91