
Kemas kini perisian tel. dengan tel. anda
Anda boleh mengemas kini perisian telefon anda secara wayarles.
Anda juga boleh menetapkan telefon anda agar menyemak secara
automatik sama ada terdapat kemas kini.
Pilih tetapan dan telefon > kms kinian peranti.
1. Untuk menyemak sama ada terdapat kemas kini, pilih m/trn
prisian pranti.
2. Untuk memuat turun dan memasang kemas kini, pilih m/trn
prisian pranti dan ikuti arahan yang dipaparkan pada telefon.
Kemas kini akan mengambil masa beberapa minit. Jika anda
menghadapi masalah, hubungi pembekal khidmat rangkaian anda .
Semak sama ada terdapat kemas kini secara automatik
Pilih k/kini perisian auto dan tetapkan berapa kerap untuk disemak.
Pembekal khidmat rangkaian anda boleh menghantar kemas kini
perisian telefon melalui udara kepada telefon anda. Untuk
mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan rangkaian
ini, hubungi pembekal khidmat rangkaian anda.
88