Mengenai Peta
Peta menunjukkan anda apa yang dekat dan membantu anda
merancang laluan anda.
Pilih peta.
Anda boleh:
• Lihat di mana anda berada pada peta
• Rancang laluan ke tempat yang berdekatan
• Cari tempat atau alamat, dan simpankannya
• Hantar lokasi anda atau tempat kepada rakan dalam mesej teks
Telefon anda mungkin mempunyai kad memori dengan peta yang
dipramuatkan untuk negara anda. Pastikan kad memori berada dalam
telefon anda sebelum menggunakan Peta.
Menggunakan perkhidmatan atau memuat turun kandungan
mungkin menyebabkan pemindahan data yang banyak, yang
mungkin mengakibatkan kos lalu lintas data.
Perkhidmtan ini mungkin tidak tersedia di dalam semua negara atau
rantau, dan mungkin disediakan hanya dalam bahasa terpilih.
72
Perkhidmatan mungkin bergantung pada rangkaian. Untuk lebih
banyak maklumat, hubungi pembekal khidmat rangkaian anda.
Kandungan peta digital kadangkala boleh menjadi tidak tepat dan
tidak lengkap. Jangan bergantung semata-mata pada kandungan
atau perkhidmatan ini untuk komunikasi penting seperti dalam
kecemasan.
73