Panggil beberapa orang pada masa yang sama
Ingin memberitahu berita hebat anda kepada semua rakan anda?
Dengan panggilan sidang, anda boleh memanggil beberapa orang
pada masa yang sama dengan mudah, menjimatkan masa anda
daripada perlu memanggil semua orang secara berasingan.
1. Buat panggilan pertama.
2. Semasa dalam panggilan tersebut, pilih pilihan > panggilan baru.
3. Taip nombor telefon, dan pilih PANGGIL, atau pilih CARIAN dan
kenalan. Panggilan pertama dipegang sehingga anda
menyambungkan panggilan sidang.
4. Apabila anda boleh bercakap dengan pemanggil kedua, pilih
pilihan > persidangan. Anda boleh menambah lebih banyak panggilan
pada persidangan.
Petua: Untuk bercakap secara persendirian dengan pemanggil
semasa sedang membuat panggilan persidangan, pilih pilihan >
panggilan peribadi dan nombor. Panggilan persidangan akan
ditunda. Untuk kembali ke panggilan sidang, pilih pilihan >
persidangan.
5. Untuk menamatkan panggilan persidangan, tekan .
33