Salin muzik daripada PC anda
Adakah anda mempunyai muzik pada PC anda yang anda hendak
dengar pada telefon anda? Gunakan Nokia Suite dan kabel USB untuk
menguruskan dan menyegerakkan koleksi muzik anda.
1. Sambungkan telefon anda ke komputer anda dengan kabel USB
serasi. Pastikan kad memori serasi berada dalam telefon anda.
2. Pilih pemindahan media sebagai mod sambungan.
3. Pada komputer anda, buka Nokia Suite. Untuk mendapatkan
maklumat lanjut, lihat bantuan Nokia Suite.
Sesetengah fail muzik boleh dilindungi oleh pengurusan hak digital
(DRM) dan tidak boleh dimainkan pada lebih daripada satu telefon.
59