Semak mel suara anda
Adakah anda membiarkan panggilan anda masuk ke mel suara apabila
anda tidak dapat menjawab? Dengar mesej yang ditinggalkan orang
untuk anda semasa anda lapang.
Sediakan mel suara anda
Untuk menggunakan mel suara, anda mungkin perlu melanggan
perkhidmatan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai
perkhidmatan rangkaian ini, hubungi pembekal khidmat rangkaian
anda.
Sebelum menggunakan peti mel suara anda, dapatkan nombor peti
mel suara anda daripada pembekal khidmat rangkaian anda. Semak
pengesahan pesanan anda atau tapak sokongan pembekal khidmat
rangkaian anda.
1. Pilih tetapan > panggilan > lebih tetapan > mel suara dan no. peti
mel suara.
2. Taipkan nombor peti mel suara anda, kemudian pilih OK.
Dengar mel suara anda apabila anda baru sahaja terlepas panggilan
1. Pilih pemberitahuan bagi mesej baru pada skrin utama.
2. Pilih pilihan > panggil p'hantar.
46
Dengar mel suara anda kemudiannya
Pilih telefon, kemudian tekan dan tahan 1.
47