Nokia Asha 309 - Keselamatan

background image

Keselamatan

Baca garis panduan mudah ini. Tidak

mematuhinya boleh jadi berbahaya

atau salah di sisi undang-undang.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut,

baca panduan pengguna yang

lengkap.

MATIKAN TELEFON DI

KAWASAN LARANGAN

Matikan peranti apabila penggunaan

telefon mudah alih tidak dibenarkan

atau apabila ia boleh menyebabkan

gangguan atau bahaya, contohnya,

dalam kapal terbang, dalam hospital

atau berdekatan peralatan

perubatan, bahan kimia atau kawasan

letupan. Patuhi semua arahan di

kawasan larangan.

KESELAMATAN JALAN

RAYA DIUTAMAKAN

Patuhi semua undang-undang

tempatan. Sentiasa pastikan tangan

anda bebas untuk mengendalikan

kenderaan semasa memandu.

Perkara pertama yang harus anda

pertimbangkan semasa memandu

haruslah keselamatan jalan raya.

GANGGUAN

Semua peranti wayarles

boleh mendapat gangguan, yang

mungkin boleh menjejas prestasinya.

PERKHIDMATAN YANG

DISAHKAN

Hanya kakitangan berkelayakan boleh

memasang atau membaiki produk ini.

PASTIKAN PERANTI

ANDA KERING

Peranti anda tidak tahan air. Pastikan

ia sentiasa kering.

LINDUNGI

PENDENGARAN ANDA

Untuk mengelakkan kemungkinan

kerosakan pendengaran, jangan

dengar pada kelantangan tinggi untuk

tempoh masa yang panjang. Sentiasa

berwaspada semasa memegang

peranti anda berhampiran telinga

anda semasa pembesar suara sedang

digunakan.

Arahan khusus kepada ciri

1 Jangan lupa untuk mematuhi

sebarang keperluan keselamatan

yang dikenakan.
Hanya gunakan kad memori yang

serasi yang diluluskan oleh Nokia

untuk digunakan dengan peranti ini.

Kad yang tidak serasi boleh

merosakkan kad memori dan peranti

serta merosakkan data yang disimpan

pada kad.

Penting: Peranti ini direka bentuk

untuk digunakan dengan kad SIM

92

background image

standard (lihat rajah) sahaja.

Penggunaan kad SIM yang tidak serasi

boleh merosakkan kad atau peranti

dan boleh merosakkan data yang

disimpan pada kad. Sila rujuk dengan

operator mudah alih anda untuk

penggunaan kad SIM yang mempunyai

potongan mini-UICC.

2 Jika bateri benar-benar

kehabisan kuasa, beberapa minit

diperlukan sebelum penunjuk

pengecasan dipaparkan atau sebelum

sebarang panggilan boleh dibuat.
Elakkan daripada menyentuh kawasan

antena semasa antena sedang

digunakan. Bersentuhan dengan

antena menjejaskan kualiti

komunikasi dan boleh mengurangkan

hayat bateri akibat paras kuasa yang

lebih tinggi semasa pengendalian.

3

Penting: Elakkan daripada

mencalarkan skrin sentuh. Jangan

sekali-kali gunakan pen, pensel atau

objek tajam yang lain pada skrin

sentuh.

Untuk memasukkan aksara +,

digunakan untuk panggilan

antarabangsa, pilih * dua kali.

4

Amaran: Apabila profil

penerbangan diaktifkan, anda tidak

boleh membuat atau menerima

sebarang panggilan, termasuk

panggilan kecemasan, atau

menggunakan ciri-ciri lain yang

memerlukan liputan rangkaian. Untuk

membuat panggilan, aktifkan profil

lain.
Panggilan yang tidak dijawab dan

diterima hanya dilog jika disokong

oleh rangkaian dan telefon

dihidupkan dalam kawasan

perkhidmatan rangkaian.

5 Menggunakan perkhidmatan

atau memuat turun kandungan

mungkin menyebabkan pemindahan

data yang banyak, yang mungkin

mengakibatkan kos lalu lintas data.

6 Anda boleh menghantar mesej

teks yang lebih panjang daripada had

aksara untuk mesej tunggal. Mesej

yang lebih panjang akan dihantar

sebagai dua atau lebih mesej.

Pembekal khidmat anda boleh

mengenakan bayaran yang

sewajarnya.

93

background image

Aksara dengan aksen, tanda lain, atau

sesetengah pilihan bahasa,

mengambil lebih banyak ruang,

membataskan bilangan aksara yang

boleh dihantar dalam satu mesej.

7 Jika item yang anda masukkan

dalam mesej multimedia adalah

terlalu besar untuk rangkaian, peranti

mungkin secara automatik

mengurangkan saiznya.

8 Hanya peranti yang serasi boleh

menerima dan menunjukkan mesej

multimedia. Mesej mungkin nampak

berlainan dalam peranti berlainan.
Menghantar mesej dengan lampiran

mungkin lebih mahal daripada

menghantar mesej teks biasa.

Hubungi pembekal khidmat anda

untuk maklumat lanjut.
Mengendalikan peranti dalam mod

tersembunyi adalah cara yang lebih

selamat bagi mengelakkan perisian

berniat jahat. Jangan terima

permintaan sambungan Bluetooth

daripada sumber yang anda tidak

percaya. Anda juga boleh mematikan

fungsi Bluetooth apabila anda tidak

menggunakannya.
Menyimpan semula tetapan tidak

memberi kesan kepada dokumen atau

fail yang disimpan pada telefon anda.

Untuk mematikan pemberitahuan

daripada aplikasi rangkaian sosial,

pada skrin aplikasi, pilih

Pemberitahuan > > tetapan.

Aksesori asal Nokia

Untuk ketersediaan aksesori yang

diluluskan, sila tanya wakil penjual

anda.
Rangkaian aksesori yang luas tersedia

untuk peranti anda. Untuk

mendapatkan butiran lanjut, lihat

www.nokia-asia.com/accessories.

Peraturan berguna berkaitan

aksesori

Jauhkan semua aksesori

daripada jangkauan kanak-

kanak kecil.

Apabila anda mencabut kord

kuasa sebarang aksesori,

genggam dan tarik plagnya,

bukan kordnya.

Periksa secara tetap bagi

memastikan bahawa sebarang

aksesori yang dipasang pada

kenderaan telah dipasang dan

beroperasi dengan betul.

Pemasangan sebarang aksesori

kereta yang kompleks mesti

dibuat oleh kakitangan

berkelayakan sahaja.

94

background image

Bateri

Jenis: BL-4U
Waktu bual:
Sehingga 17 jam .
Siap sedia:
Sehingga 42 hari .

Penting: Masa bercakap dan

bersedia bateri adalah anggaran dan

hanya boleh diperoleh di bawah

keadaan rangkaian yang optimum.

Masa bercakap dan siap sedia bateri

yang sebenar bergantung pada kad

SIM, ciri yang digunakan, umur dan

keadaan bateri, suhu bateri

didedahkan, keadaan rangkaian dan

banyak faktor lain dan mungkin jauh

lebih pendek daripada yang

dinyatakan di atas. Nada dering,

pengendalian panggilan bebas

tangan, penggunaan dalam mod

digital dan ciri lain turut menggunakan

bateri dan jumlah masa peranti

digunakan untuk panggilan akan

menjejaskan masa bersedianya.

Jumlah masa peranti dihidupkan dan

berada dalam mod siap sedia juga

akan menjejaskan masa bercakapnya.

Perkhidmatan rangkaian dan

kos

Peranti anda diluluskan untuk

digunakan pada rangkaian EGSM 900

dan 1800 MHz . Untuk menggunakan

peranti tersebut, anda memerlukan

langganan dengan pembekal khidmat.
Menggunakan beberapa ciri dan

memuat turun kandungan ke peranti

anda memerlukan sambungan

rangkaian dan mungkin membawa kos

lalu lintas data. Sesetengah ciri

produk memerlukan sokongan

daripada rangkaian, dan anda

mungkin perlu melanggan kepadanya.

Jaga peranti anda

Kendalikan peranti anda, bateri,

pengecas dan aksesorinya dengan

cermat. Cadangan yang berikut

membantu anda memastikan peranti

anda beroperasi.

Pastikan peranti ini sentiasa

kering. Pemendakan,

kelembapan, dan semua jenis

cecair atau lembapan mungkin

mengandungi mineral-mineral

yang menghakis litar elektronik.

Jika peranti anda menjadi

basah, keluarkan baterinya, dan

biarkan peranti kering.

95

background image

Jangan gunakan atau simpan

peranti di tempat yang

berhabuk dan kotor.

Jangan simpan peranti pada

suhu yang tinggi. Suhu yang

tinggi boleh merosakkan

peranti atau bateri.

Jangan simpan peranti pada

suhu yang sejuk. Apabila peranti

memanas kembali kepada suhu

normalnya, lembapan boleh

terbentuk di dalam peranti dan

merosakkannya.

Jangan buka peranti ini dengan

cara yang lain daripada yang

diarahkan dalam panduan

pengguna.

Pengubahsuaian yang tidak

diluluskan boleh merosakkan

peranti ini dan melanggar

peraturan yang mentadbir

peranti radio.

Jangan jatuhkan, ketuk atau

goncang peranti ini.

Pengendalian kasar boleh

memecahkannya.

Hanya gunakan kain yang

lembut, bersih, kering untuk

membersihkan permukaan

peranti.

Jangan cat peranti ini. Cat boleh

menghalang pengendalian

sempurna.

Untuk prestasi optimum,

matikan peranti dan keluarkan

bateri dari semasa ke semasa.

Jauhkan peranti anda daripada

magnet atau medan magnet.

Untuk memastikan data penting

anda selamat, simpannya di

sekurang-kurangnya dua

tempat berasingan, seperti

peranti anda, kad memori, atau

komputer, atau tulis maklumat

penting.

Kitar semula

Sentiasa kembalikan produk

elektronik, bateri dan bahan

pembungkusan anda yang telah

digunakan ke pusat pengumpulan

yang khusus. Dengan cara ini anda

membantu untuk menghalang

pembuangan sisa yang tidak terkawal

serta menggalakkan penggunaan

semula bahan. Semua bahan pada

peranti boleh dipulihkan sebagai

bahan dan tenaga.Lihat cara untuk

96

background image

mengitar semula produk Nokia anda di

www.nokia.com/recycling.

Mengenai Pengurusan Hak

Digital

Apabila menggunakan peranti ini,

patuhi semua undang-undang dan

hormati adat tempatan, privasi dan

hak-hak sah orang lain termasuk hak

cipta. Perlindungan hak cipta boleh

menghalang anda daripada menyalin,

mengubah suai, atau memindahkan

foto, muzik dan kandungan lain.
Pemilik kandungan mungkin

menggunakan teknologi

perlindungan hak digital (DRM) yang

berbeza untuk melindungi harta

intelektual mereka, termasuk hak

cipta. Peranti ini menggunakan

pelbagai jenis perisian DRM untuk

mengakses kandungan yang

dilindungi DRM. Dengan peranti ini

anda boleh mengakses kandungan

yang dilindungi dengan OMA DRM 2.0.

Jika perisian DRM tertentu gagal

untuk melindungi kandungan, pemilik

kandungan boleh meminta keupayaan

perisian DRM sedemikian bagi

mengakses kandungan dilindungi

DRM yang baru dibatalkan.

Pembatalan juga mungkin

menghalang pembaharuan

kandungan dilindungi DRM

sedemikian yang sedia ada dalam

peranti anda. Pembatalan perisian

DRM sedemikian tidak menjejaskan

penggunaan kandungan yang

dilindungi dengan jenis DRM yang lain

atau penggunaan kandungan yang

tidak dilindungi DRM.
Kandungan pengurusan hak digital

(DRM) yang dilindungi disediakan

dengan lesen berkaitan yang

mentakrifkan hak anda untuk

menggunakan kandungan tersebut.
Jika peranti anda mempunyai

kandungan yang dilindungi OMA DRM,

untuk membuat sandaran lesen dan

juga kandungan, gunakan ciri

sandaran Nokia Suite.
Kaedah pemindahan lain mungkin

tidak memindahkan lesen yang perlu

dipulihkan dengan kandungannya

agar anda boleh terus menggunakan

kandungan yang dilindungi OMA DRM

selepas memori peranti diformat.

Anda juga mungkin perlu menyimpan

semula lesen sekiranya fail pada

peranti anda menjadi rosak.

Petua dan Tawaran

Untuk membantu anda menggunakan

kelebihan maksimum telefon dan

perkhidmatan anda, anda menerima

mesej teks diperibadikan percuma

97

background image

daripada Nokia. Mesej tersebut

mengandungi petua dan cara dan

sokongan.
Untuk berhenti menerima mesej

tersebut, pilih tetapan > akaun

Nokia > Petua dan Tawaran.
Untuk menyediakan perkhidmatan

yang diterangkan di atas, nombor

telefon mudah alih anda, nombor siri

telefon anda dan beberapa pengenal

pasti langganan mudah alih dihantar

kepada Nokia apabila anda

menggunakan telefon buat kali

pertama. Beberapa atau semua

maklumat juga mungkin dihantar

kepada Nokia semasa mengemas kini

perisian. Maklumat ini mungkin

digunakan seperti yang ditentukan

dalam dasar privasi, tersedia di

www.nokia.com.

Bateri dan pengecas

Maklumat bateri dan pengecas

Peranti anda bertujuan untuk

digunakan dengan bateri boleh dicas

semula BL-4U . Nokia mungkin

membuat model bateri tambahan

tersedia untuk peranti ini. Sentiasa

gunakan bateri asli Nokia.
Peranti ini bertujuan untuk digunakan

apabila dibekalkan kuasa dari

pengecas yang berikut: AC-11 .

Nombor model pengecas Nokia yang

tepat mungkin berbeza-beza

bergantung pada jenis palam, yang

dikenal pasti oleh E, X, AR, U, A, C, K, B

atau N.
Bateri boleh dicas dan dinyahcas

beratus-ratus kali, tetapi lama

kelamaan ia akan haus. Apabila masa

bual dan masa siap sedia nyata lebih

pendek dari biasa, gantikanlah bateri.

Penting: Masa bual dan masa siap

sedia hanya anggaran. Masa sebenar

dipengaruhi oleh, contohnya,

keadaan rangkaian, tetapan peranti,

ciri yang digunakan, keadaan bateri,

dan suhu.

Keselamatan bateri

Sentiasa matikan peranti dan

tanggalkan pengecas sebelum

mengeluarkan bateri. Apabila anda

mencabut pengecas atau aksesori,

pegang dan tarik palam, bukan

kordnya.
Apabila pengecas anda tidak

digunakan, cabutnya daripada palam

elektrik dan peranti. Jangan biarkan

bateri yang telah dicas penuh

tersambung kepada pengecas,

kerana pengecasan berlebihan boleh

memendekkan hayat bateri. Jika

dibiarkan tanpa digunakan, bateri

98

background image

yang dicas penuh lama kelamaan akan

hilang casnya.
Sentiasa cuba kekalkan bateri antara

15°C dan 25°C (59°F dan 77°F). Suhu

yang melampau mengurangkan

keupayaan dan jangka hayat bateri.

Peranti dengan bateri yang sejuk atau

panas mungkin tidak akan berfungsi

buat sementara waktu.
Melitar pintas secara tidak sengaja

boleh berlaku apabila objek logam

menyentuh jaluran logam pada bateri,

contohnya, jika anda membawa bateri

gantian dalam poket anda. Melitar

pintas boleh merosakkan bateri atau

objek yang menyambungkan.
Jangan buang bateri di dalam api

kerana ia boleh meletup. Buang bateri

menurut peraturan tempatan. Kitar

semula bila boleh. Jangan buang

sebagai sisa rumah.
Jangan hapus, kerat, buka, musnah,

bengkok, tebuk, atau cincang sel atau

bateri. Sekiranya bateri bocor, jangan

biarkan cecair bateri menyentuh kulit

atau mata. Sekiranya perkara ini

berlaku, basuh segera bahagian yang

berkenaan dengan air, atau dapatkan

bantuan perubatan.
Jangan ubah suai, mengilang semula,

cuba untuk memasukkan objek asing

ke dalam bateri, serta merendam atau

mendedahkannya pada air atau cecair

yang lain. Bateri boleh meletup jika

rosak.
Gunakan bateri dan pengecas untuk

tujuan kegunaannya sahaja.

Penggunaan tidak wajar, atau

penggunaan bateri atau pengecas

yang tidak serasi boleh

mengakibatkan risiko kebakaran,

letupan, atau bahaya yang lain dan

boleh mentaksahkan kebenaran atau

waranti. Jika anda percaya bateri atau

pengecas rosak, bawanya ke pusat

perkhidmatan untuk pemeriksaan

sebelum terus menggunakannya.

Jangan sekali-kali menggunakan

bateri atau pengecas yang rosak.

Gunakan pengecas dalam bangunan

sahaja.

Maklumat keselamatan

tambahan

Buat panggilan kecemasan

1

Pastikan peranti dihidupkan.

2

Semak untuk kekuatan isyarat

yang mencukupi. Anda juga

mungkin perlu melakukan

perkara yang berikut:
• Masukkan kad SIM ke dalam

peranti.

99

background image

• Matikan pengehadan

panggilan dalam peranti

anda, seperti sekatan

panggilan, dailan tetap, atau

kumpulan pengguna terhad.

• Pastikan profil penerbangan

tidak diaktifkan.

• Jika skrin dan kekunci peranti

telah dikunci, buka kuncinya.

3

Tekan kekunci tamat berulang

kali, sehingga skrin utama

dipaparkan.

4

Untuk membuka pendail, pilih

.

5

Taipkan nombor kecemasan

rasmi bagi lokasi semasa anda.

Nombor panggilan kecemasan

berbeza-beza mengikut lokasi.

6

Tekan kekunci panggil .

7

Berikan semua maklumat yang

diperlukan seberapa tepat yang

mungkin. Jangan tamatkan

panggilan sehingga dibenarkan

berbuat demikian.

Penting: Aktifkan panggilan selular

dan internet, jika peranti anda

menyokong panggilan internet.

Peranti mungkin cuba membuat

panggilan kecemasan menerusi

rangkaian selular dan melalui

pembekal khidmat panggilan internet

anda. Sambungan dalam semua

keadaan tidak dijamin. Jangan

bergantung semata-mata kepada

sebarang peranti wayarles untuk

komunikasi penting seperti

kecemasan perubatan.

Kanak-kanak kecil

Peranti anda dan aksesorinya bukan

mainan. Ia mungkin mengandungi

bahagian-bahagian kecil. Jauhkannya

dari capaian kanak-kanak kecil.

Peranti perubatan

Pengendalian peralatan pemancar

radio, termasuk telefon wayarles,

boleh mengganggu fungsi alat-alat

perubatan yang tidak dilindungi

secukupnya. Rujuk pakar perubatan

atau pengilang alat perubatan

tersebut untuk menentukan sama ada

ia dilindungi secukupnya daripada

tenaga frekuensi radio luaran.

Alat perubatan yang diimplan

Pengilang alat perubatan

menyarankan bahawa pemisahan

minimum sebanyak 15.3 sentimeter

(6 inci) dikekalkan antara peranti

wayarles dan alat perubatan yang

diimplan, seperti perentak jantung

atau kardioverter defibrilator yang

diimplan, untuk mengelakkan

gangguan yang mungkin berlaku

100

background image

dengan alat perubatan tersebut.

Orang yang memiliki peranti

sedemikian hendaklah:

Sentiasa pastikan peranti

wayarles berada lebih daripada

15.3 sentimeter (6 inci) dari alat

perubatan.

Jangan bawa peranti wayarles

dalam kocek dada.

Pegang peranti wayarles pada

telinga yang bertentangan

dengan alat perubatan.

Matikan peranti wayarles jika

terdapat sebarang sebab untuk

mengesyaki gangguan sedang

berlaku.

Ikut arahan pengilang untuk alat

perubatan yang diimplan.

Jika anda mempunyai sebarang

soalan mengenai penggunaan peranti

wayarles dengan alat perubatan yang

diimplan, rujuk penyedia jagaan

kesihatan anda.

Penyelesaian ketersampaian

Nokia komited terhadap menjadikan

telefon mudah alih mudah untuk

digunakan oleh semua individu,

termasuk orang kurang upaya. Untuk

mendapatkan maklumat lanjut, lawati

tapak web Nokia di

www.nokiaaccessibility.com .

Pendengaran

Amaran: Apabila anda

menggunakan alat dengar, keupayaan

anda untuk mendengar bunyi-bunyi di

luar mungkin terjejas. Jangan

gunakan alat dengar apabila ia boleh

membahayakan keselamatan anda.
Sesetengah peranti wayarles boleh

mengganggu sesetengah alat

bantuan pendengaran.

Nikel

Permukaan peranti ini bebas nikel.

Lindungi peranti anda daripada

kandungan berbahaya

Peranti anda boleh terdedah kepada

virus dan kandungan berbahaya yang

lain. Ambil langkah penjagaan yang

berikut:

Berhati-hati semasa membuka

mesej. Ia mungkin

mengandungi perisian berniat

jahat atau mungkin boleh

merosakkan peranti atau

komputer anda.

Berhati-hati semasa menerima

permintaan kesambungan,

menyemak imbas internet, atau

memuat turun kandungan.

101

background image

Jangan terima sambungan

Bluetooth daripada sumber

yang anda tidak percaya.

Hanya pasang dan gunakan

perkhidmatan dan perisian

daripada sumber yang anda

percayai yang menawarkan

keselamatan dan perlindungan

yang mencukupi.

Pasang perisian antivirus dan

perisian keselamatan yang lain

pada peranti anda dan mana-

mana komputer yang

disambungkan. Hanya gunakan

satu aplikasi antivirus pada satu

masa. Menggunakan lebih

banyak mungkin menjejaskan

prestasi dan operasi peranti

dan/atau komputer.

Jika anda mengakses penanda

buku yang diprapasang dan

pautan kepada tapak internet

pihak ketiga, ambil langkah

berjaga-jaga yang sewajarnya.

Nokia tidak mengendors atau

menanggung liabiliti untuk

tapak sedemikian.

Persekitaran beroperasi

Peranti ini memenuhi garis panduan

pendedahan frekuensi radio dalam

kedudukan biasa pada telinga atau

sekurang-kurangnya 1.5 sentimeter

(5/8 inci) jauh daripada badan.

Sebarang sarung pembawa, klip tali

pinggang atau pemegang yang

dipakai pada badan tidak seharusnya

mengandungi logam dan peranti

hendaklah diletakkan sejauh jarak

yang disebut di atas daripada badan.
Untuk menghantar fail data atau

mesej memerlukan sambungan yang

bermutu kepada rangkaian. Fail data

atau mesej mungkin tertunda

sehingga sambungan demikian

terdapat. Ikut arahan jarak pemisahan

sehingga penghantaran selesai.

Kenderaan

Isyarat radio mungkin menjejaskan

sistem elektronik yang tidak dipasang

dengan betul atau yang tidak

dilindungi secukupnya di dalam

kenderaan bermotor seperti pancit

bahan api elektronik, sistem brek

elektronik antikelincir (antikunci),

sistem kawalan kelajuan elektronik,

dan sistem beg udara. Untuk

mendapatkan maklumat lanjut,

semak dengan pengilang kenderaan

anda atau pengilang peralatannya.
Hanya kakitangan yang berkelayakan

yang harus memasang peranti di

dalam kenderaan. Pemasangan atau

servis yang tidak betul mungkin

102

background image

berbahaya dan mungkin

mentaksahkan jaminan anda.

Sentiasa jalankan pemeriksaan untuk

memastikan bahawa semua peralatan

peranti wayarles dalam kenderaan

anda dilekapkan dan beroperasi

dengan betul. Jangan simpan atau

bawa sebarang cecair mudah bakar,

gas atau bahan letupan dalam ruang

yang sama dengan peranti, bahagian-

bahagiannya atau aksesori. Ingat

bahawa beg udara mengembung

dengan daya yang kuat. Jangan

letakkan peranti atau aksesori anda di

kawasan pengembangan beg udara

tersebut.

Persekitaran di mana letupan

boleh berlaku

Matikan peranti anda dalam sebarang

kawasan di mana letupan boleh

berlaku, contohnya berhampiran pam

minyak di stesen minyak. Percikan api

di kawasan tersebut boleh

menyebabkan letupan atau

kebakaran yang boleh menyebabkan

kecederaan atau kematian. Patuhi

sekatan di stesen minyak, kawasan

penyimpanan dan pengagihan, loji

kimia atau tempat operasi letupan

sedang dijalankan. Kawasan yang

mempunyai suasana potensi mudah

meletup kerap, tetapi tidak sentiasa,

ditanda dengan jelas. Ini termasuk

kawasan tempat anda dinasihatkan

untuk mematikan enjin kenderaan

anda, di bahagian bawah dek kapal,

pemindahan bahan kimia atau

kemudahan penyimpanan dan tempat

di mana udara mengandungi bahan

kimia atau partikel seperti bijirin,

habuk atau serbuk logam. Anda

hendaklah memeriksa dengan

pengilang kenderaan yang

menggunakan gas petroleum cair

(seperti propana atau butana) untuk

menentukan sama ada peranti ini

boleh digunakan dengan selamat di

kawasan persekitarannya.

Maklumat pensijilan (SAR)

Peranti mobil ini memenuhi garis

panduan antarabangsa bagi

pendedahan kepada gelombang

radio.
Peranti mudah alih anda adalah

sebuah pemancar dan penerima

radio. Ia direka untuk tidak melebihi

had pendedahan kepada gelombang

radio yang disarankan oleh garis

panduan antarabangsa. Garis

panduan ini dihasilkan oleh

pertubuhan saintifik ICNIRP dan

merangkumi margin keselamatan

yang direka bentuk bagi memastikan

keselamatan semua orang, tidak kira

usia dan kesihatan.

103

background image

Garis panduan pendedahan bagi

peranti-peranti mudah alih

menggunakan unit ukuran yang

disebut sebagai Kadar Penyerapan

Tertentu (Specific Absorption Rate)

atau SAR. Had SAR yang dinyatakan di

dalam garis panduan ICNIRP adalah

2.0 watts/kilogram (W/kg)

dipuratakan kepada sepuluh gram

tisu. Ujian bagi SAR yang dijalankan

menggunakan kedudukan operasi

biasa dengan peranti memancar pada

aras kuasa yang disahkan tertinggi

dalam semua jalur frekuensi yang

diuji. Paras SAR sebenar bagi peranti

yang beroperasi mungkin adalah jauh

di bawah nilai maksimum kerana

peranti direka bentuk untuk

menggunakan hanya kuasa yang

diperlukan untuk mencapai rangkaian.

Jumlahnya berubah bergantung

kepada beberapa faktor seperti

sejauh mana jarak anda dengan

stesen pangkalan rangkaian.
Nilai SAR tertinggi mengikut garis

panduan ICNIRP untuk penggunaan

peranti ini di telinga ialah 0.93 W/kg .
Penggunaan aksesori peranti boleh

menghasilkan nilai-nilai SAR yang

berbeza-beza. Nilai SAR mungkin

berubah-ubah bergantung kepada

keperluan laporan kebangsaan dan

pengujian dan jalur rangkaian.

Maklumat SAR tambahan boleh

diberikan di bawah maklumat produk

di www.nokia.com.

104