Salin kandungan antara telefon anda dan komputer
Anda boleh menggunakan kabel USB untuk menyalin foto anda dan
kandungan lain antara telefon anda dan komputer yang serasi.
1. Sambungkan telefon anda ke komputer dengan kabel USB serasi.
2. Memilih mod:
Nokia Suite — Nokia Suite dipasang pada komputer anda.
pemindahan media — Nokia Suite tidak dipasang pada komputer
anda. Jika anda hendak menyambungkan ke sistem hiburan utama
atau pencetak, gunakan mod ini.
penyimpanan massa — Nokia Suite tidak dipasang pada komputer
anda. Telefon dipaparkan sebagai peranti mudah alih pada komputer
anda. Pastikan kad memori serasi dimasukkan dalam telefon anda.
Jika anda hendak menyambung ke peranti lain, seperti stereo rumah
atau kereta, gunakan mod ini.
3. Untuk menyalin kandungan, gunakan pengurus fail komputer.
Untuk menyalin kenalan, fail muzik, video atau foto anda, gunakan
Nokia Suite.
Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya dan memuat turun
aplikasi PC Nokia Suite, pergi ke www.nokia.com/support.
70